Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kecoh Pasar Raya Eropah...

LONDON — Rangkaian pasar raya diskaun terbesar Eropah, Aldi, terpaksa memohon maaf kepada pelanggan...

2 Penyamun Parah Dilanggar...

PETALING JAYA: Cubaan dua penjenayah menyamun seorang wanita gagal apabila dilanggar hingga cedera...

Miliki Dadah Bagi Cukup...

KULIM - Seorang pekerja kilang memberi alasan memiliki dadah bagi dijual untuk mencukupkan...

Najib Harap Kerangka CoC...

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerangka bagi...

Sarawak Catat Kes Kematian Ke-17 Jangkitan Rabies

PUTRAJAYA – Seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Kuching, Sarawak disahkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies kira-kira jam 9.51 pagi semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, ketika mengesahkan perkara itu, berkata lelaki berkenaan adalah mangsa ke-18 dijangkiti rabies sejak penularan wabak itu diumumkan pada 1 Julai tahun lalu.

“Hasil ujian makmal dijalankan mendapati mangsa positif rabies dan disahkan menjadi punca kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, sejak 1 Julai tahun lalu, sebanyak 17 kematian direkodkan termasuk kes terbaru semalam dan hanya seorang mangsa yang selamat iaitu seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

“Kanak-kanak berkenaan mengalami komplikasi neurologi teruk dan kini menjalani rawatan di rumah,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa terbaru itu dijangkiti wabak berkenaan selepas dicakar oleh anjing yang diambil dan dipungut dari sumber tidak diketahui, malah status vaksinasi rabies haiwan berkenaan juga tidak diketahui.

Dr. Noor Hisham berkata, kementerian sekali lagi mengingatkan orang ramai khususnya di Sarawak agar tidak mengambil atau memungut anjing atau haiwan lain yang tidak diketahui status suntikan vaksin rabies kerana dikhuatiri haiwan tersebut dijangkiti virus rabies.


Menurutnya, pencegahan jangkitan paling mudah ialah dengan segera mencuci bahagian tubuh digigit anjing atau haiwan liar menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur sebelum mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

“Sarawak masih belum bebas rabies. Sejak 1 Julai 2017 hingga 30 Mei lalu, Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 62 buah kawasan di 11 bahagian sebagai kawasan jangkitan rabies.

“Hanya Limbang sahaja yang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan. Justeru, pastikan anjing peliharaan mendapat suntikan vaksin anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan sentiasa pastikan haiwan peliharaan berada dalam kawasan rumah dan tidak bercampur dengan anjing atau haiwan liar.

“Kerjasama orang ramai mematuhi semua saranan kerajaan amat-amat diperlukan bagi bersama-sama mengawal populasi anjing di negeri ini,” katanya.

Kategori