Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Biadab Hina...

TEMERLOH - Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status...

Kematian Akibat Denggi Meningkat...

ALOR SETAR - Angka kematian akibat demam denggi meningkat sebanyak 12 kematian di...

Kalimah ALLAH: Kabinet Persembah...

PUTRAJAYA - Jemaah menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah...

Hospital Ampang Kecoh Wanita...

WARGA Hospital Ampang, Selangor pada Jumaat, digemparkan dengan kejadian seorang wanita baharu bersalin...

Seronok Lihat Ainul Mardhiah Hisap Jari, Luah Ibu

SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan memberikan perkembangan positif.

Malah kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, 24.

“Sebelum masuk ke wad biasa hari ini (semalam), sempatlah Ainul jalan-jalan dalam hospital.

“Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan,” luah Nurul Erwani menerusi status di Instagram (IG) miliknya.

Menurutnya, dia teruja melihat perkembangan anaknya yang berusia sembilan bulan itu selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.

Malah perkongsian itu telah mendapat lebih 184,834 ‘views’ sehingga jam 9.30 malam tadi dan turut membuatkan netizen terharu kerana memahami perasaan seorang ibu melihat perkembangan anaknya itu.

“Alhamdulillah syukur ya ALLAH. Berbulan Ainul menahan derita tidak dapat masukkan jari dalam mulut macam kanak-kanak lain, dan hari ini mak cik menangis melihat awak dapat lakukannya seperti kawan-kawan awak yang lain,” tulis missdafnea.


“Ainul, semalam pagi, mak cik nangis tengok Ainul. Mak cik nangis gembira sebab Ainul sudah selamat dari pembedahan. Tapi petangnya, mak cik kehilangan anak makcik sebab keguguran. Doakan mak cik kuat ya Ainul. Kuat dan setabah Ainul,” tulis nurulfazra.

“Alhamdulillah…Ahirnya dia dapat gigit jari macam bayi lain suka buat… Tahniah kepada semua yang terlibat… Semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat,” tulis fahiza_a_h.

Isnin lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ itu dilaporkan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hospital di London. – Sinar Harian

Kategori