Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Jalani Lima Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi...

Penjawat Awam Jalan Kaki...

PUTRAJAYA - Lebih 4,000 penjawat awam berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer di pusat...

Sabah Perlu Diberi Perhatian...

KOTA KINABALU - Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembangunan yang sama...

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang...

KUCHING - Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya...

Sesak Nafas: Semua Sekolah, IPTA, Tadika Ditutup

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengarahkan semua 111 buah sekolah rendah dan menengah dalam daerah Pasir Gudang ditutup sehingga Khamis ini.

Pengarah JPN Johor, Azman Adnan berkata, arahan penutupan itu turut berkuat kuasa ke atas tiga institut pengajian tinggi awam (IPTA), 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta yang berdaftar di bawah JPN.

“Merujuk kepada kenyataan media Menteri Besar Johor berkaitan insiden pencemaran bau petang ini, JPN Johor memaklumkan kesemua 111 buah sekolah, 14 sekolah swasta dan antarabangsa, tiga IPTA serta 347 tadika swasta ditutup bermula 25 hingga 27 Jun ini.

“Arahan ini adalah selaras dengan pemantauan dan siasatan ke atas isu pencemaran tersebut dapat diatasi oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memohon agar semua pengetua serta guru besar memaklumkan segera kepada pelajar, guru dan ibu bapa selain kakitangan dalam kawalan mereka agar mengambil tindakan susulan berikutan arahan penutupan ini.

Kategori