Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Maut Kemalangan Dekat...

NILAI - Seorang pelajar sekolah menengah maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu...

Pemandu Treler Rempuh, Ranapkan...

SEBUAH treler merempuh Plaza Tol Subang di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya,...

‘Malaysia Sedia Terima Lebih...

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari...

Jalan Hulu T’ganu-Gua Musang...

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap tahun bagi membaiki kerosakan...

Sikap Pemimpin Politik Antara Punca Perpecahan Melayu

ALOR SETAR – Sikap sesetengah pemimpin politik yang tidak boleh ditegur menjadi antara punca berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau berkata, sekiranya pemimpin politik mengamalkan sikap terbuka untuk menerima teguran yang membina, perpecahan itu dapat dielakkan daripada terus berlaku.

“Saya lihat perpecahan ini berlaku apabila sesuatu yang dilakukan oleh satu pihak bertentangan dengan daya kuasa yang boleh menarik kepada perpaduan itu sendiri. Bila sebut perpaduan itu mesti ada satu matlamat utama iaitu hendak bersatu.

“Tapi contohnya, dalam parti lama (UMNO) apabila ada yang taksub dengan pemimpin itu akan jadi masalah sebab kita tidak boleh tegur, tidak boleh cerita masalah kerana bila cakap kena pecat, buang dari parti dan itu jadi punca kepada perpecahan kaum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid baru-baru ini yang menyatakan bahawa perpecahan orang Melayu bermula dari peringkat pemimpin politik yang kemudiannya merebak ke bawah.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan turut melahirkan rasa dukacita atas perpecahan orang Melayu yang dilihat berada pada tahap merisaukan.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, turut mengakui bahawa pemimpin politik menjadi punca kepada masalah awal yang menyebabkan kepada berlakunya perpecahan terutama dalam kalangan anggota Umno dan PAS sehingga wujudnya parti baharu seperti Bersatu dan Amanah.


“Kita tertanya pasal perpaduan ummah Umno dan PAS ini sebab apa mereka hendak bersatu. Perpaduan ini untuk angkat nilai murni dalam kalangan masyarakat dalam kumpulan (parti) sendiri, tapi kalau satu pihak sudah tercemar dengan masalah hipokrasi jadi macam mana hendak elak perpecahan itu.

“Saya juga harap masyarakat jangan terlalu bersifat fanatik dengan satu pemimpin. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri selalu ingatkan jangan taksub dengannya tetapi sebaliknya dengan perjuangan yang dibawanya menjadi daya tarikan sendiri untuk tarik orang ramai untuk ikut dia,” katanya.

Terdahulu, Mukhriz merasmikan majlis penutupan Karnival Mood Republik Kedah Raya Fest yang berlangsung selama dua hari di Tabung Haji Hotel and Convention Centre, di sini.

Kategori