Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemilihan PKR Pada Akhir...

PETALING JAYA - PKR akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Ogos ini, kata...

Najib Terkejut, Sedih Serangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut...

Agong Bangga Pelantikan Ramai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari...

Melayu Jadi Presiden Singapura...

SINGAPURA bakal mendapat seorang presiden daripada tokoh Melayu tahun depan. Melalui pengumuman Perdana Menteri...

SPRM Lapor Polis, Ciapan Twitter Palsu

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis susulan penularan ciapan Twitter palsu menggunakan nama Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya mengenai jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, pada Isnin lepas.

Suruhanjaya itu menegaskan ciapan berkenaan adalah palsu yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imejnya dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat,” kata SPRM yang turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan ciapan palsu itu. – Sinar Harian

Kategori