Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dewan Negara Lulus 5...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara, hari ini meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) termasuk...

PAS Gantung Doa Qunut...

TUMPAT (Kelantan) - Kempen PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor...

PRN Melaka: Najib Mohon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan...

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi...

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi...

“Suara Tidak Matang Pemuda Pakatan Harapan”

1. Ketua Pemuda Pakatan Harapan, YB Syed Saddiq dilihat terburu-buru dan membuat kenyataan tidak matang berkaitan ucapan perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi. Kenyataan Syed Saddiq yang mengatakan tarbiah Islam PAS telah gagal adalah sangat jauh tersasar.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa Ketua Pemuda Pakatan Harapan supaya meluangkan masa untuk mendengar teks ucapan Tuan Guru Presiden PAS secara keseluruhan, atau setidak-tidaknya Setiausaha Akhbar Menteri membuat “homework” sebelum membuat ulasan yang dangkal sebegini. Sebagai contoh, ucapan Tuan Guru Presiden PAS dimulakan dengan sejarah Islam memimpin dunia selama berdekad-dekad, di mana golongan yang bukan Islam mengkaji dan mendalami Islam sebenar untuk menerima Islam. Islam memerintah bukan secara paksaan, tetapi rakyat bukan Islam mengkaji Islam sehingga golongan intelektual bukan Islam menerima Islam apabila melihat kebaikan Islam itu sendiri dalam konteks kehidupan, terutama pentadbiran yang adil dan saksama kepada rakyat.

3. Mengambil contoh tersebut, Tuan Guru menggesa anak-anak muda supaya mendalami isu-isu politik secara keseluruhan, bukannya terikut-ikut dengan sebaran media sosial yang kebenarannya kadang-kadang diragui. Bahkan, jelas menunjukkan anak muda yang mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 telah ditipu secara terang-terang, terutama oleh pimpinan Pemuda Pakatan Harapan.

4. Pakatan Harapan menabur pelbagai janji kepada anak muda pada PRU-14. Sehingga hari ini, tiada satu pun janji kepada anak muda tertunai. Berdasarkan Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, Janji ke-6 (rujuk muka surat 12) adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam PTPTN. Janji tersebut berbunyi, “Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam”.

5. Pemimpin-pemimpin muda Pakatan Harapan, termasuklah YB Syed Saddiq, telah berjanji di dalam Buku Pakatan Harapan (rujuk muka surat 189) melalui Iltizam Khusus Anak Muda, Iltizam #4, “Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma” dengan “Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula di pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi”.

6. Seawal memegang tampuk pemerintahan, berikut adalah susur galur kisah dongeng PTPTN Pakatan Harapan:

a. Pusingan-U pertama dibuat mengenai Iltizam anak muda di mana “Manifesto bukan kitab suci” apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan. Najib dan pentadbiran terdahulu disalahkan.

b. Pusingan-U kedua dibuat apabila kajian mahu dilaksanakan berkenaan janji mereka iaitu gaji minimum RM4,000 bagi pembayaran balik PTPTN.


c. Pusingan-U ketiga dibuat apabila peminjam dikeluarkan dari senarai hitam, tetapi berdepan risiko bankrap atau muflis jika tidak membuat pembayaran balik.

d. Pusingan-U keempat dibuat apabila skema pemotongan gaji melalui peratusan yang tidak adil dan munasabah untuk anak-anak muda.

e. Pusingan-U kelima dibuat apabila mereka mahu menyenaraihitamkan semula peminjam supaya tidak ke luar negara. Ditambah pula dengan peraturan zalim untuk mengenakan sekatan ke atas pasport, lesen memandu, dan memperbaharui cukai jalan.

7. Ini baru satu ulasan mengenai janji PTPTN kepada anak muda. Pelbagai janji lain yang masih tidak tertunai seperti 1 juta peluang pekerjaan, RM 1 billion dana untuk usahawan muda, siaran percuma bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), dan macam-macam lagi. Sememangnya anak muda tertipu pada PRU-14 kerana tidak mendalami politik tanah air. Oleh itu, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa seluruh anak muda untuk sama-sama bangkit dan mempelajari senario politik Malaysia agar kita tidak ditipu lagi.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori