Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hilang Dompet, Polis Trafik...

REZEKI... Seorang netizen terkejut apabila ada individu yang sudi membantunya selepas tidak mempunyai...

Rotan Murid Enggan Solat,...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan...

BN Perlu Raih Sekurang-Kurangnya...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular...

Jihad Di Malaysia Diputus...

KUALA LUMPUR - Di Malaysia, tindakan untuk berjihad hendaklah diputuskan oleh Majlis Fatwa...

“Terkejut Saya, Iye?” – Ketua Polis Negara

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador terkejut apabila dimaklumkan oleh media penyebaran siri kedua video seks sejenis membabitkan seorang lelaki dengan individu yang didakwanya menteri Kabinet.

“Terkejut saya, iye? Mungkin dia orang (pegawai beliau) akan taklimatkan saya kemudian,” katanya ketika ditemui di majlis Hari Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Menurut Abdl Hamid, setakat ini hanya satu laporan yang dibuat membabitkan penyebaran video seks berkenaan dan kertas siasatan telah pun dibuka.

Jelas beliau, polis boleh memanggil individu yang terlibat dalam perlakuan video seks berkenaan dan tindakan juga boleh diambil ke atas pihak yang menyebarkannya.

“Masih dalam siasatan. Dalam proses siasatan, boleh dipanggil, boleh tidak dipanggil mana (individu) yang berkenaan.

“Bila ada laporan dibuat, kita akan buka kertas siasatan. Pegawai penyiasat akan ambil langkah jalankan siasatan untuk melengkapkan siasatan,“ jelas beliau.

Menjawab satu soalan, Abdul Hamid berkata, beliau tidak perlu menjelaskan lebih lanjut bentuk tindakan yang polis ambil dalam menjalankan siasatan.


“Cukup untuk saya maklumkan bahawa tindakan diambil sebagaimana laporan-laporan yang dibuat dalam apa juga isu, jadi, kita jalankan siasatan,” katanya.

Semalam, seorang lelaki mendakwa sebagai Haziq Aziz mengaku terlibat dalam video seks sejenis dengan seorang individu yang didakwanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin menafikan penglibatannya dan menyifatkan penyebaran video itu komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan peribadinya selain mahu memusnahkan karier politiknya.

Bagaimanapun, siri kedua video berkenaan dilaporkan disebarkan petang semalam dan dikatakan akan diikuti beberapa siri lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori