Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,000 Penduduk Bukit Choras...

YAN - Kira- kira 1,000 penduduk di Kampung Bukit Choras Dalam, di sini...

Rihanna Kini Sedang Bercinta...

JIKA sebelum ini penyanyi kelahiran Barbados ini dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon...

Polis Terengganu Buka Kertas...

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu membuka satu kertas siasatan berkaitan kes penipuan pakej...

‘Kempen LOL’ Giant Kurangkan...

SHAH ALAM - Rangkaian pasar raya hiper keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan Kempen LOL...

Tiada Surcaj Elektrik Dikenakan Tahun Ini

PUTRAJAYA – Tiada surcaj elektrik dikenakan kepada pengguna domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2019.

Suruhanjaya Tenaga menerusi kenyataannya hari ini berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan kadar semasa surcaj tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.55 sen/kilowatt-jam (kWj) untuk pengguna bukan domestik khususnya pengguna komersil, industri dan lain-lain bagi tempoh enam bulan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kadar tarif asas kekal pada 39.45 sen/kWj dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Disember itu.

Kadar itu ditetapkan setelah kerajaan menetapkan baki surcaj Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sebanyak RM1.148 bilion atau bersamaan 2.55 sen/kWj dilaksanakan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh tersebut, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hasil semakan mekanisme ICPT pada setiap enam bulan yang dibuat suruhanjaya itu bagi tempoh 1 Januari lepas hingga 30 Jun 2019, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain hingga menyebabkan surcaj ICPT sebanyak RM1.592 bilion bersamaan dengan 2.94 sen/kWj.

Kategori