Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ustaz ‘Loyar Buruk’ Pertikai...

ISU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi makam Nabi Muhammad SAW...

ADUN Kuamut Sah Sertai...

TENOM - Selepas 25 hari meninggalkan Parti Upko, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Kesal Curi Sandwic, MP...

SEORANG Ahli Parlimen Slovenia meletak jawatan selepas mencuri sandwic dari sebuah kedai di...

Panggilan Telefon Diterima Berhubung...

KOTA KINABALU - Satu panggilan telefon diterima berhubung kes penculikan tiga anak kapal...

Tiada Transaksi, Akaun Luar Negara Milik Azmin – SPRM

PUTRAJAYA – Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang transaksi atau akaun luar negara yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima pelbagai pertanyaan daripada pihak media serta orang ramai berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam.

Jelasnya, laporan yang dibuat berhubung transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi milik menteri kanan yang merujuk kepada Mohamed Azmin.

“Lokman juga mendakwa terdapat kewujudan sebuah akaun di luar negara pada 2012 milik menteri berkenaan.

“SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tidak wujud transaksi yang dinyatakan dan tiada kewujudan akaun yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.


Ujar Azam, SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin yang mana satu laporan pernah diterima pada Ogos 2018.

“Berhubung dengan isu ini, siasatan telah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah tidak benar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kenyataan ini akan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai.

Kategori