KUALA LUMPUR – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 9 bulan selamat menjalani pembedahan selama 5 jam di London semalam.
Kata Dr. Nur Amalina Bakri melalui laman sosial Instagramnya sebentar tadi, tumor seberat 200 gram pada mulut Ainul berjaya dikeluarkan melalui pembedahan penuh berisiko itu.
“Banyak persediaan telah dilakukan sebelum pembedahan dilakukan termasuk imbasan, mesyuarat dan kesabaran,” tulis Amalina.
Beliau memberitahu lagi, pasukan pakar bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk craniofacial, plastik, kepala dan leher diketuai Prof. David Dunway dan Dr. Julian Ong terlibat dalam pembedahan itu.
“Saya berbesar hari turut terlibat sama dalam pasukan pakar bedah itu dan Ainul sekarang dalam pemerhatian dan kini dalam keadaan stabil,” jelas Amalina.
Amalina turut menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Ainul supaya cepat sembuh.
Ainul mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ menjalani rawatan di London dan berada di sana sejak beberapa minggu lalu. – K! ONLINE
KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...