Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Respon Abam Bocey Bila...

SUDAH menjadi lumrah atau ikutan orang kita, bagi yang sudah mendirikan rumah tangga...

Indeks Harga Pengguna Naik...

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Mac 2022 meningkat 2.2 peratus...

“4 Bulan Saya Digantung...

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar, terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang...

Bila Selebriti ‘Berlagak’ Samseng,...

SEJAK filem-filem aksi ala samseng diperkenalkan dan menjadi popular, dialog-dialog acah samseng pun...

UEM Group Nafi Ada Akaun Maybank Cawangan KL

KUALA LUMPUR – UEM Group Berhad menegaskan tidak mempunyai akaun di cawangan utama Maybank KL malah tidak mempunyai akaun dengan nombor seperti didakwa menerusi pelbagai laman media sosial.

Sehubungan itu, UEM Group telah membuat laporan polis dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membersihkan nama syarikat itu.

Sekretariat Suara Rakyat semalam membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 (RM3.08 juta) yang dipercayai ke akaun penama seorang Menteri Kabinet.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau memperoleh dokumen itu daripada seorang individu pada malam tadi berhubung pemindahan dana oleh satu syarikat ke dalam akaun di luar negara yang bertarikh 19 Disember 2017.


Susulan laporan itu, SPRM akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa termasuk dakwaan rasuah membabitkan seorang menteri kanan Kabinet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, siasatan bagi kes itu akan dikendalikan di bawah timbalannya dan pasukan siasatan beliau. – UTUSAN ONLINE

Kategori