Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pangkalan Maritim Wilayah Timur...

KUANTAN - Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur bakal dibangunkan...

Nelayan Selangor Digalak Guna...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang menggalakkan para...

Atlas Copco Buka Akademi...

SHAH ALAM - Syarikat perindustrian dari Sweden, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, hari...

Diisytihar Muflis Kerana Watie,...

Bertahun bergelut dengan hidup kerana diisytihar muflis, akhirnya Hana Elite memenangi samannya ke atas...

Ujian Forensik Ke Atas 12 Mayat Orang Asli

GUA MUSANG – Kementerian Kesihatan bersedia membuat ujian forensik ke atas 12 lagi penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini yang meninggal dunia dan ditanam secara adat bagi mengesahkan punca sebenar kematian mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan melakukan ujian itu sekiranya terdapat permintaan dan jika menemukan mangsa yang dipercayai ditanam di dalam hutan.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah membuat bedah siasat dan mengesahkan dua penduduk Orang Asli yang mati terkena jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru.

“Pihak polis juga sudah melakukan siasatan dan cuba mengesan kubur 12 Orang Asli yang meninggal dunia itu, namun gagal dijumpai,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung krisis kesihatan yang melanda penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di Hospital Gua Musang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin.

Tambah Dzulkefly, setakat ini juga seramai 50 penduduk Orang Asli dari kampung itu menerima rawatan di tiga hospital negeri ini.


Katanya, daripada jumlah itu seramai 37 orang masih menerima rawatan di Hospital Gua Musang, 12 orang di Hospital Kuala Krai dan seorang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

“Kita memberi jaminan akan sentiasa memberi rawatan berterusan kepada penduduk Orang Asli dan menyangkal dakwaan kononnya penduduk Orang Asli itu dijangkiti penyakit Leptospirosis atau kencing tikus.

“Namun, apa yang lebih penting juga kita mahu mengehadkan perhubungan penduduk Orang Asli dengan orang luar kerana bimbang berlaku jangkitan.

“Kita juga masih membuat siasatan lanjut dan masih belum menerima sebarang keputusan terbaharu tentang kajian penyakit yang dihadapi kaum Orang Asli itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori