KUALA LUMPUR – Selepas tular dua klip video seks sejenis Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang menteri kanan Kabinet, muncul pula dalam laman YouTube manakala versi penuh menerusi laman pornografi, Pornhub.
Memetik laporan portal The Star, video yang bertajuk ‘No Way’ itu dalam YouTube dipercayai dimuat naik pada lewat malam semalam.
Bagaimanapun klik video dalam YouTube itu mungkin akan dipadam kerana melanggar komuniti laman perkongsian fail video berkenaan.
Sementara itu, video berdurasi sembilan minit turut dimuat naik di Pornhub.
Haziq Abdullah yang membuat pengakuan sebagai antara individu dalam video itu melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lelaki yang mirip wajah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – UTUSAN ONLINE