Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin UMNO, DAP Mengadap...

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti...

Ambang PRU14: BN Akan...

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditemu bual tentang pendapat beliau...

“Saya Tetap Lelaki Biasa...

BAHARU sahaja menjalani pembedahan membuang payudara palsu atau implan silikon, usahawan kosmetik Safiey...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Pertama...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat yang...

Video Lucah: Mufti WP Suarakan Pendapat

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak ketinggalan untuk menyuarakan pendapat terhadap isu video lucah dikaitkan dengan seorang menteri yang tular baru-baru ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengakui berasa gusar dengan penyebaran video berkenaan yang bakal mendatangkan pelbagai masalah kepada umat Islam di negara ini pada masa akan datang.

“Saya mencadangkan agar kita semua sentiasa bermuhasabah dengan mengingati Allah SWT kerana setiap perbuatan kita pasti akan diperhitungkan satu persatu oleh Allah SWT.

“Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan mencari keredhaan Allah SWT selepas kita disucikan dengan ibadat puasa, zakat fitrah dan qiam pada Ramadhan yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, Twitter dan Instagram rasminya malam ini.

Selain itu, beliau turut melontarkan buah fikirannya melalui empat artikel yang boleh dijadikan panduan diterbitkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan semalam.


“Oleh kerana merasakan perlunya satu panduan yang tuntas kepada umat Islam di Malaysia, saya meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian dan menyiapkan empat buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini petang tadi.

“Inilah tanggungjawab yang telah saya lunaskan selaku Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan apa yang termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah berhubung isu ini,” katanya. – K! ONLINE

Kategori