Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

JDT Lebur Rekod ‘Kebal’...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC...

Sesiapa Sahaja Boleh Bertanding...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan...

SPRM Johor Tahan Bekas...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan...

Pos Malaysia Lancar Edisi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem 'Siri Makanan Perayaan'...

160 Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Kemuka Saman

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 160 mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor sejak Mac lalu menuntut ganti rugi menerusi tindakan undang-undang.

Ganti rugi itu dituntut mereka terhadap 11 defendan termasuk menteri besar, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kecuaian serta gagal mengawal pencemaran Sungai Kim Kim.

Tuntutan saman itu melibatkan dua kumpulan plaintif iaitu kumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan SMK Tanjung Puteri Resort dengan 36 pelajar, nelayan (120) dan enam orang awam.

Peguam yang mewakili Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim, Kamarudin Ahmad berkata, ganti rugi itu melibatkan ganti rugi khas serta ganti rugi am.

Menurutnya, saman itu difailkan melalui Kamarudin & Partners akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 17 Julai ini.

“Kita juga memfailkan tuntutan ganti rugi melibatkan Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap penyakit Myokimia kesan daripada pencemaran.


“Kita akan mohon pada mahkamah ganti rugi sebanyak RM5 juta melibatkan Irfan Wafiy memandangkan kesihatannya sangat serius serta hilang keupayaan untuk peluang pekerjaan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pasir Gudang hari ini.

Kamarudin berkata, mangsa lain akan menuntut ganti rugi antara RM4,000 hingga RM5,000 seorang selain menyerahkan budi bicara mahkamah dalam menentukan ganti rugi lain.

Beliau berkata, seramai 11 defendan akan dipanggil dalam tuntutan saman ini antaranya Menteri Besar Johor, kerajaan negeri, ahli Exco alam sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) serta syarikat terlibat.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim bermula pada 7 Mac lalu, menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga menyebabkan 111 sekolah di kawasan Pasir Gudang, diarahkan tutup buat sementara. – UTUSAN ONLINE

Kategori