Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tabika Kemas Di Kedah...

KUBANG PASU - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)...

VIDEO: Lelaki Jadi ‘Wira’...

SEORANG nelayan diangkat menjadi wira dalam sekelip mata apabila berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia...

Alamak! Game Bosan Sampai...

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu?...

Kes Ketiga Wabak Anjing...

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan satu lagi kes...

ADUN Kota Anggerik Nafi Terlibat Video Seks Sejenis

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menafikan terlibat dalam aktiviti penyebaran video seks sejenis mirip seorang menteri baru-baru ini.

Beliau menegaskan kesemua itu hanya spekulasi untuk melaga-lagakan pemimpin terutama di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dalang (tuduhan ke atasnya) semua ini tak masuk akal, ini semua mainan spekulasi yang bertujuan mahu melaga-lagakan pemimpin,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Najwan sebelum ini ditahan hampri dua jam oleh pihak polis Bukit Aman untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran video tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya ucapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai bayangan dalang penyebaran itu semakin diketahui dalam program untuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasminya pada malam Ahad lalu, Najwan menjawab:

“Itu kena tanya dia dan saya tidak hadir serta tidak mengikutinya. Saya hanya baca dalam media sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Kategori