Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Musa Aman Cabut Undi...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melakukan...

Al-Sultan Abdullah Pendiam, Tidak...

PEKAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dipilih sebagai...

Kementerian Lindungi Guru Jika...

MACHANG - Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan melindungi guru jika mereka disaman ibu...

Netizen Pertikai Nasi Lemak...

KECOH... Tidak habis dengan kes pemandu bas ekspres dibelasah kerana bayar separuh harga...

Agak-Agak Apa Anak Muda Rasa Sekarang?

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status Facebooknya malam tadi berkongsikan sebuah video lama mengenai sekumpulan mahasiswa berkumpul menuntut pendidikan percuma dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Video berdurasi enam minit 30 saat itu juga menyaksikan bagaimana peserta mendoakan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menghina Ahli Parlimen Pekan itu kononnya begitu kejam terhadap golongan mahasiswa.

Mereka begitu lantang menuntut kerajaan pada masa itu menunjukkan komitmen menghapuskan hutang PTPTN.

Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika itu, Nurul Izzah Anwar yang bersama-sama dalam perhimpunan tersebut turut menyatakan sokongan dan memaklumkan bahawa dasar pendidikan percuma wajib dilaksanakan.

Turut kelihatan dan memberi ucapan penuh semangat dalam perhimpunan di Kuala Lumpur itu adalah aktivis pelajar, Adam Adli Abd. Halim serta Muhammad Safwan Anang.

Hari ini, kerajaan BN sudah jatuh tetapi malangnya kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) juga masih tidak mampu melaksanakan dasar pendidikan percuma itu dan jauh sekali untuk menghapuskan hutang PTPTN.

Malah suara-suara seperti Nurul Izzah dan Adam Adli yang begitu lantang dahulu juga sunyi sepi. Adakah mereka sudah berhenti memperjuangkan dasar pendidikan percuma itu?


Bagaimana pula perasaan mahasiswa yang bersama-sama berkumpul dalam perhimpunan itu dan lain-lain acara menuntut pendikan percuma. Jika mereka melihat semula video lama itu, agak-agak apa yang mereka rasa, apabila janji-janji pembangkang yang sudah menjadi kerajaan pada hari ini tidak ditepati.

Tidak mengapalah jika kerajaan gagal melaksanakan dasar pendidikan percuma, tetapi bagaimana pula dengan janji manifesto PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN bagi mereka yang bergaji di bawah RM4,000. Adakah itu juga tidak boleh dilaksanakan?

Bagi Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed, dia merasakan anak muda pada hari ini benar-benar kecewa apabila PH gagal menunaikan banyak janji termasuk dalam soal PTPTN.

“Mereka memilih PH kerana terpengaruh dengan janji-janji manis. Tetapi hari ini, apa yang mereka dapat? Hapus hutang PTPTN jauh sekalilah, selain itu, apa lagi manfaat yang golongan ini peroleh melainkan hanya mampu melihat bantuan demi bantuan dipotong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori