Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Kemas Pejabat

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan Bangunan...

Pelajar Keracunan Gara-Gara ‘Scrambled...

IPOH - Menu telur hancur (scrambled eggs) dikenal pasti sebagai punca awal kes...

Situasi Terkini Kes Kematian...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1)...

PAS Tiada Maruah Kekal...

PAS tidak lagi boleh mempergunakan alasan konon menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya...

Agong Selesai Mengerjakan Umrah

MAKKAH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai mengerjakan umrah di Makkah bersama-sama berjuta-juta umat Islam yang kini berada di Tanah Suci semasa musim haji ini.

Sepanjang melakukan ibadah itu, Seri Paduka yang dikawal anggota keselamatan Arab Saudi, turut diiringi putera baginda, Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdulla; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota delegasi dari Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut berpeluang mencium Hajarul Aswad, batu yang diturunkan dari syurga, yang terletak di sudut timur Kaabah.

Kenangan manis mengerjakan ibadah sunat itu turut dikongsi apabila Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul.

Seri Paduka berada di Arab Saudi untuk melakukan lawatan khas tiga hari bermula Jumaat lepas atas undangan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Kota Suci.


Pada hari pertama lawatan itu, baginda berangkat mengunjungi Madinah dan mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di sana.

Seri Paduka dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Jeddah, pada 5 petang ini. 

Kategori