Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Selalu Peraga Beg Mewah,...

SELEBRITI serba boleh, Johan Raja Lawak dilabel oleh sesetengah pihak sebagai seorang yang...

Ditumbuk Hanya Kerana Gara-Gara...

GEORGETOWN - Seorang lelaki terkedu apabila ditumbuk secara tiba-tiba oleh seorang kakitangan awam...

Jika Mahu Berjaya Dalam...

Generasi muda yang baru mencari peluang memulakan kerjaya memerlukan panduan. Oleh itu, berikut...

4 Juta Pelancong China...

JELEBU - Kementerian Pelancongan mensasarkan kedatangan empat juta pelancong China ke Malaysia pada...

Ainul Mardhiah Pulang Minggu Ini

SELEPAS kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijadualkan akan tiba ke Malaysia minggu ini.

Perkara itu disahkan ibu saudara bayi berkenaan, Anis Syakirah Ahmad Razak, 19 ketika ditemui Harian Metro di rumah keluarganya di Ayer Molek di Melaka, hari ini.

“Ya, Ainul dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 pagi pada minggu ini.

“Maaflah kami tidak dapat berkongsi tarikh yang lebih tepat untuk kebaikan dan keselamatan Ainul dan berharap rakyat memahaminya,” katanya.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas status dimuat naik ibu bayi berkenaan, Nurul Erwani Zaidi semalam yang memaklumkan kepulangan Ainul dalam waktu terdekat.

Pada 9 Julai lalu, Harian Metro melaporkan penerbangan pulang Ainul Mardhiah dari United Kingdom yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang itu terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.

Mengulas lanjut, Anis Syakirah berkata, dia dan keluarga akan bertolak sehari lebih awal dari Melaka dan bermalam di rumah saudara di Selangor sebelum bertolak ke KLIA.


“Walaupun hati ini terlalu rindukan Ainul, kami pihak keluarga pun hanya akan melihat Ainul dari jauh untuk kebaikannya.

“Saya difahamkan, sebaik tiba jam 7 pagi, Ainul akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

“Kami harap masyarakat dapat mendoakan keselamatannya dan segala-galanya berjalan lancar sehingga Ainul betul-betul sihat,” katanya.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

Kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah. – myMetro Online

Kategori