Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tun M Sendiri Punca...

KUALA LUMPUR - Pihak yang tidak dapat menjawab soalan mudah berkaitan peristiwa hitam...

Jalan Kelang Lama Tutup...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sebahagian Jalan Kelang...

Jong-nam: Wartawan Bingung Di...

KUALA LUMPUR - Wartawan tempatan dan asing yang 'berkampung' di hadapan Institut Perubatan...

Video: Rompak Tak Menjadi,...

IPOH - Malang bagi seorang penjenayah berusia 34 tahun apabila dia berjaya dicekup...

Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG – Bayi 10 bulan yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di London, United Kingdom, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bersama kedua ibu bapanya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, anaknya berada dalam keadaan baik sepanjang 12 jam penerbangan dari London ke tanah air.

“Alhamdulillah, Ainul sihat. Semuanya baik, selamat sampai, tiada sebarang masalah di dalam pesawat.

“Terima kasih kepada semua yang menunggu di sini dan juga terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menanti dan mendoakan Ainul. Alhamdulillah kami selamat sampai,” katanya ketika ditemui pemberita di KLIA.

Jelasnya, beliau akan membawa Ainul Mardhiah dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu, Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya, Ahmad Safiuddin, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 23, selamat tiba di sini pada pukul 7.15 pagi dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH003.

Ainul Mardhiah telah berada di London, UK lebih dua bulan sejak Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani membawanya ke London 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor.


Penerbangan pulang Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya turut ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia iaitu Perunding Anaesthesiologi dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Datuk Dr. Jaseemudeen Abu Baker; Perunding Anaesthesiologi dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr. Gunalan Arumugam.

Mereka meninggalkan Hospital Great Ormond Street untuk menaiki pesawat yang berlepas pukul 11 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ke Malaysia.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, Ainul Mardhiah telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Great Ormond Street pada 10 Jun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof. David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri. – K! ONLINE

Kategori