Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut Jatuh Gaung...

DEHRADUN (India) - Gara-gara mahu mengambil 'swafoto', seorang pelajar kolej maut selepas jatuh...

Dikecam Selfie, Janna Tak...

NAMA pelakon Janna Nick tak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi lebih-lebih lagi sejak...

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor...

JOHOR BAHRU – Objektif penubuhan Baitulmal Negeri Johor (Baitulmal) secara umumnya belum tercapai...

Kerajaan Tak Pernah Tarik...

PUTRAJAYA — Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas...

Akuan Bersumpah Anwar Miliki Sokongan 2 Pertiga Palsu

KUALA LUMPUR – Akuan bersumpah yang menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki sokongan dua pertiga untuk menjadi Perdana Menteri adalah palsu.

Memetik portal Malaysiakini penafian itu dibuat oleh seorang pembantu Anwar ketika dihubunginya.

Akuan bersumpah palsu bertarikh 3 Julai lalu itu menyebut Anwar sedang menunggu nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi peralihan kuasa memandangkan beliau mendapat sokongan dua pertiga untuk menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Akuan tersebut juga mengatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini Muhyiddin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan menandatangani akuan bersumpah mengumumkan sokongan kepada Anwar bagi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir sebelum ini berjanji menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar, walaupun tidak ada tempoh masa ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Kategori