Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PM Tidak Akan Tangguh...

KUALA LUMPUR – “Jika kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu satu...

Golongan Muda Perlu Berani...

ARAU - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata golongan...

Video: Tangan Budak 3...

LAGI kes kemalangan eskalator melibatkan kanak-kanak! Terbaharu, menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun...

13 Kesan Akibat Penggunaan...

JIKA dahulu sebelum zaman telefon pintar diperkenalkan, ibu bapa 'diamkan' anak-anak kecil dengan...

Al-Sultan Abdullah Tinggalkan Status, Protokol Tepi Padang

KUALA LUMPUR – Semangat kesukanan tinggi dan dahagakan cabaran ‘sebenar’ membuatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lebih selesa meninggalkan darjat rasmi baginda di luar padang terutamanya ketika beraksi di gelanggang sukan polo berkuda.

Minat dan rasa cinta mendalam terhadap sukan sering kali mengatasi status dan protokol Seri Paduka sebagai seorang yang berketurunan raja, demikian pandangan Datuk Hata Ali, rakan karib dan rakan berlatih polo Al-Sultan Abdullah.

Bercerita tentang perilaku Seri Paduka semasa beraksi di padang, Hata, 73, berkata sikap keterbukaan dan profesional Seri Paduka dalam bersukan membuatkan Al-Sultan Abdullah disenangi kawan mahupun lawan ketika di atas padang.

“Baginda sama macam anda dan saya, sama juga dengan lawan baginda ketika di atas padang. Jangan ingat (ketika main polo) lawan akan kata… oh dia Tuanku, jadi kita tidak boleh langgar dia.

“(Sebenarnya) Baginda lebih suka apabila orang langgar, maknanya baginda nak lawan balik, semangat juang baginda sangat tinggi,” katanya kepada Bernama dalam temu bual bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Bercerita lanjut, Hata berkata, minat Seri Paduka terhadap sukan polo bermula ketika berusia belasan tahun lagi apabila Al-Sultan Abdullah mengiringi Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah bermain polo pada ketika itu.


Hata berkata, semasa itu jugalah persahabatannya dengan Al-Sultan Abdullah mula terjalin apabila kedua-dua mereka sering bertemu di gelanggang polo yang sama.

Mengenai aksi Seri Paduka semasa bermain polo, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah dikenali sebagai seorang pemain polo yang sangat ‘calculative’ dengan mengutamakan logik dan mampu membaca permainan dengan baik. 

“(Ketika di atas padang) Tuanku seorang ‘motivator’ yang hebat, baginda suka menggalakkan pemain lain supaya fokus dan memberikan usaha seratus peratus. Tuanku seorang ahli sukan serba boleh, kalau anda bercakap tentang polo atau hoki, baginda memang tahu semua,” katanya.

Selain bermain polo di dalam negara, Al-Sultan Abdullah sering berangkat ke luar negara seperti ke Argentina dan England untuk bermain polo dengan pemain handalan dunia, malahan Seri Paduka juga pernah bermain bersama Putera Charles, Prince of Wales, kata Hata.

Kategori