Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Terlibat Atur...

JOHOR BAHRU - Malaysia tidak terlibat dalam sebarang kegiatan mengatur perlawanan bola sepak...

Selangkah Lagi Bakayoko Ke...

TIEMOUE Bakayoko dilaporkan ke London pada petang Khamis bagi melangkah ke Chelsea.Pemain tengah...

Piala Dunia: Penyokong Nigeria...

LAGOS - Penyokong bola sepak Nigeria meluahkan kekecewaan selepas menyaksikan pasukan mereka tersingkir...

2 Pekerja Kilang Ais...

SHAH ALAM – Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas...

Anwar Tak Senang Majlis Agama Di Rumahnya Dipolitikkan

KUALA LUMPUR – Menyedari mungkin rakyat mengganggap majlis keagamaan di rumahnya bakal dipolitikkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan pertanyaan pemberita.

“Saya tidak mahu komen. Saya buat majlis sebegini setiap minggu,” katanya kepada pemberita yang turut hadir ke majlis tersebut yang diadakan di rumahnya, di Bukit Segambut di sini malam ini.

Namun selepas diasak pemberita, Anwar nampak berang dengan meminta petugas media menghormati majlis keagamaan yang diadakan.

Sebelum itu, kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang diadakan di rumah Presiden PKR itu.

Program bermula sejak pukul 7 petang dimulakan dengan bacaan zikir dan selawat sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan bacaan Yasin sebelum dihabiskan dengan solat Isyak.


Difahamkan sudah menjadi satu kelaziman buat Presiden PKR itu untuk mengadakan majlis keagamaan pada setiap Ahad sejak beberapa bulan lalu.

Ia sekali gus dilihat menepis dakwaan liar kononnya ia bagi menyaingi majlis doa kesyukuran membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang turut diadakan malam ini.

Isu berkenaan timbul ekoran hubungan Anwar dan timbalannya itu dikatakan dingin susulan penularan video seks songsang yang mengaitkan Mohamed Azmin. – UTUSAN ONLINE

Kategori