Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perjumpaan MP PH: CEP...

DALAM satu perjumpaan tertutup ahli Parlimen PH (didedahkan akhbar Straits Times Singapore) Tun...

Libaran Lokasi Pertama UMNO...

SANDAKAN - Seramai 2,000 orang daripada golongan tidak berkemampuan dan pelajar di Bahagian...

Jalan Utama Sekitar Ibu...

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara ditenggelami air susulan hujan...

Kes Kamal Hisham: Mahkamah...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan...

Athens Dilanda Gempa Bumi

ATHENS – Gempa bumi kuat dengan 5.1 magnitud di ibu negara Greek telah menjatuhkan rangkaian telefon dan bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar itu.

Gegaran dengan kedalaman 22 kilometer di barat laut Athens.

Kejadian itu didakwa berlaku selama 15 saat namun tiada laporan mengenai kecederaan yang serius berlaku.

Namun beberapa kejadian gempa susulan selepas kejadian pertama mengakibatkan dua bangunan runtuh.

Gegaran susulan terkuat dengan 4.3 magnitud berlaku hampir sejam selepas gempa awal melanda pada 14:13 (11:13 GMT).

Pakar Seismologis berkata, ada lebih banyak gegaran berlaku di Athens menyebabkan penduduk berada di atas jalan selepas menyelamatkan diri daripada bangunan tinggi.

Bangunan Parlimen Athens yang berusia 170 tahun dilapor retak manakala dinding pejabat ketua pendakwa raya runtuh.

Perkhidmatan kecemasan juga menerima 76 panggilan susulan beratus-ratus orang terperangkap di dalam lif akibat bekalan elektrik terputus.


Sebuah rumah lama dan bangunan kosong turut dilaporkan musnah, kata media Greek.

Gereja Agia Irini juga mengalami kerosakan.

Ketua Agensi Gempa Bumi, Efthymios Lekkas meminta penduduk bertenang.

Katanya, penduduk tidak perlu khuatir kerana bangunan-bangunan di Athens dibina dengan ketahanan untuk menghadapi gempa bumi.

Gegaran turut dirasai di selatan rantau Peloponnese dengan pusat gempa sekitar 13 kilometer daripada permukaan.

Gempa yang berlaku itu adalah kali pertama selepas September 1999 dan pakar berkata pusat gempa adalah sama di Gunung Parnitha. – Agensi

Kategori