Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Godam Kad Touch ‘n...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri ditahan polis di Kota Damansara di sini...

KL Bandar Raya Ke-9...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling...

5 Juta M40 Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5 juta golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima...

Kotak Fius Aras Satu...

SATU kebakaran kecil berlaku di Hospital Serdang pagi tadi selepas fius elektrik di...

Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya, selepas pemimpin PKR menggesa mana-mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku “bercuti sementara” sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata ini kerana Azmin boleh berbuat demikian selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Ini semua mengenai satu kospirasi politik, bukan mengenai mendedahkan seseorang melakukan kesalahan.

“Tetapi lebih kepada menghalang kepada seseorang dari berjaya politik,” katanya ketika ditemui di Majlis Beyond Paradigm Summit 2019, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan bercuti sementara itu penting bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin berkenaan tidak cuba berselindung sebalik jawatan tinggi atau kedudukan dalam parti, “apatah lagi di belakang perdana menteri sebagai perisai”.

Perkembangan ini sebulan selepas tersebarnya video seks sejenis yang menyasarkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz.

Semalam juga, Azmin membidas Shamsul dengan berkata: “Jangan jadi munafik.”


Mahathir berkata secara keseluruhan, kes video seks sejenis ini disifatkan sebagai satu kospirasi politik.

“Ini bukan mengenai mendedahkan seseorang melakukan kesalahan. Tetapi lebih kepada menghalang kepada seseorang dari berjaya dalam politik,” katanya.

Semalam, polis menahan tiga ahli PKR dalam siasatan ke atas video seks sejenis mirip seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata tangkapan dibuat di Pasir Gudang, Johor.

Huzir bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka, cuma mengatakan dua orang itu berketurunan Melayu dan seorang berketurunan India. – FMT

Kategori