Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Daerah Kota...

KOTA KINABALU - Keadaan banjir di Daerah Kota Belud kian pulih, apabila pusat...

Premis Nombor Ekor Rugi...

SEREMBAN - Sebuah premis nombor ekor di Jalan Utham Singh di sini, kerugian...

Penambahan Kes, Pelancong Wuhan...

PETALING JAYA - Malaysia merekodkan 1 lagi kes baru jangkitan koronavirus membabitkan seorang...

PM Kecewa Portal Berita...

HARI ini nampaknya portal propembangkang mungkin terpaksa cari akal selepas kantoi dimalukan laporan...

“Azmin Tidak Hadir Bukan Urusan Saya” – Mahathir

PORT DICKSON – Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semakin menjadi tanda tanya apabila beliau tiada dalam sesi khas, Majlis Temurapat Pimpinan Keadilan Pusat, di sini malam ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, tindakan Azmin itu tiada mengena dengannya.

“Itu urusan dia, bukan urusan saya,” kata beliau ringkas selepas merasmikan Majlis Temurapat Pimpinan Keadilan Pusat, yang diadakan di Junior Ballroom, Lexis Hibiscus Hotel, Port Dickson.

Turut kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dijangka menyampaikan ucapan pada hari kedua sesi pemukiman itu, esok selain disertai ucapan oleh tujuh Naib Presiden yang lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, yang mengatakan ada wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik, beliau enggan mengulas mengenainya.


Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan terkini mendapati wujud pakatan atau konspirasi di belakang kumpulan terbabit untuk menjatuhkan seseorang.

Terdahulu, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Setakat ini lapan orang termasuk Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu. – Sinar Harian

Kategori