Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Bot Nelayan...

KEMAMAN – Sebuah bot nelayan Vietnam yang ‘menyamar’ sebagai bot tempatan ditahan Agensi...

Pintu Kaca Balai Polis...

MELAKA - Kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir...

“Tok Nan” Ketua Menteri...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul 1.20...

Sikap Kepartian Melampau Boleh...

SERDANG - Kepercayaan terhadap suatu fahaman politik melampau tidak wajar dijadikan pegangan sehingga...

Baki 6 Lagi Anggota JPJ P.Pinang Didakwa Rasuah Hari Ini

BUTTERWORTH – Hari ini, baki enam terakhir daripada 18 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang didakwa atas pertuduhan rasuah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.

Kesemua mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan, bagi melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya yang membawa lebih muatan di negeri ini.

Sehingga semalam, 11 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang termasuk seorang wanita dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama selepas di bawa ke mahkamah pada Rabu dan Khamis.

Pendakwaan itu susulan penahanan lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang pada Januari lalu, selepas disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika ditanya sama ada akan ada lagi tangkapan selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak boleh memberikan maklumat kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

“Kami minta pihak media untuk memahami kerana kes ini yang bermirip sindiket kita tidak mahu siasatan disabotaj,” katanya dalam lawatan kerjanya ke Pulau Pinang pada Selasa lepas.

Kategori