Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerja-Kerja Pemeliharaan Takhta Rencana...

KUALA PILAH - Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan...

Anwar Kekal Penasihat Ekonomi...

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan...

Agong, Permaisuri Ucap Takziah...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Reman Lelaki Miliki Pistol...

JOHOR BAHRU - Tempoh reman pemilik kedai aksesori kenderaan berikutan penemuan pistol dan...

Bapa 3 Anak Didenda Larikan Isteri Orang

MELAKA – Padah membawa lari wanita berstatus isteri orang ke sebuah bilik hotel di ibu kota, seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Zahari Zainul Abidin, 30, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah membawa pergi Masturah Said, 21, yang dalam pengetahuannya wanita berkenaan berstatus isteri orang dengan niat melakukan persetubuhan haram. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 4 pagi di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada 4 September 2018. 

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. 

Berdasarkan fakta kes, laporan polis telah dibuat oleh suami wanita terbabit yang mendapati isterinya keluar dari rumah sedangkan mereka tidak bertengkar. 

Lelaki berusia 29 tahun itu kemudian menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada isterinya yang meminta memasukkan sejumlah RM10,000 ke dalam akaun dan mempercayai tindakan itu dibuat atas dorongan tertuduh. 


Dia kemudian hanya memasukkan RM3,000 dan mengesan lokasi isterinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama tertuduh sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis. 

Peguam Muhammad Farhan Mirza Azme yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan anak guamnya hanya berniaga dengan pendapatan sebanyak RM1,500, selain telah insaf dengan perbuatannya. 

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira tindakan tidak bermoral tertuduh yang membawa wanita berstatus isteri orang ke bilik hotel. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.

Kategori