Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Prospek Rundingan RCEP Dimuktamadkan...

SINGAPURA - Selepas melalui perbincangan yang panjang dan usaha gigih berterusan, prospek untuk...

Siapakah Sebenarnya Kim Jong-Nam?

SEORANG lelaki dikenal pasti sebagai abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong-Un mati...

MH17: Malaysia Tak Akan...

NEW YORK – Malaysia tidak akan berehat selagi pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh...

Jumlah Korban Covid-19 Kini...

PENULARAN kes jangkitan Covid-19 di Malaysia mengorbankan seorang lagi mangsa menjadikan jumlah kumulatif...

Bekas Pekerja Nur Sajat Ditahan Pecah Amanah RM1 Juta

SHAH ALAM – Seorang bekas pekerja usahawan kosmetik, Nur Sajat ditahan bagi membantu siasatan pecah amanah RM1 juta Ahad lalu. 

Penahanan suspek wanita berusia lingkungan 20-an dilakukan sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan oleh Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

“Ya, saya mengesahkan penahanan bekas pekerja kepada usahawan kosmetik itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada Nur Sajat semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu dan satu sidang akhbar akan dilakukan selepas siasatan berkaitannya selesai.

Sementara itu, satu sumber menjelaskan penahanan suspek berikutan dakwaan melarikan wang bernilai RM1 juta berkaitan perniagaan kosmetik tersebut.


Semalam, Nursajat menerusi laman sosial Instagramnya memuat turun dua gambar dan keterangan berkaitan kes tersebut.

Ini termasuk berbunyi “Alhamdulillah.. tertangkap jua akhirnya… selepas setahun berlalu…wait and see kebenaran pasti terjawab…..”

Tiga jam kemudiannya Nur Sajat kemudiannya dengan gambar papan tanda Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Shah Alam. 

“Masih di sini…. bagi statement uols!!!!” katanya. – K! ONLINE

Kategori