Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Jangan Persoal Penganjuran Piala...

BERNE - Presiden FIFA, Sepp Blatter mengulangi ketegasannya bahawa penganjuran Russia selaku tuan...

Pesawat Ringan Terhempas Tiada...

MELAKA - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di...

Kerajaan Negeri Pahang Pergiat...

KUANTAN – Kerajaan Pahang giat mempromosikan Cherating sebagai antara destinasi pelancongan utama di...

Polis Kesan Dua Suspek...

SUBANG JAYA - Pihak polis telah mengesan dua individu yang dipercayai terlibat mencuri...

Biarlah Masuk Tanjung Rambutan Daripada Berbohong – Hamidah

IPOH – Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Hamidah Osman rela dihantar ke Tanjung Rambutan daripada berbohong kepada rakyat.

Menurutnya, beliau tidak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa untuk kepentingan sendiri.

Katanya, beliau tidak mahu di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain kerana itu semua akan dijawab di akhirat nanti.

“Saya agak hairan kenapa setelah mengakui (Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan BERSATU) Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Datuk Seri Najib masuk Tanjung Rambutan?

“Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Hamidah membalas reaksi Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam agar beliau dihantar ke Tanjung Rambutan kerana mendakwa Bersatu ditubuhkan atas cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hamidah secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana akhirnya mengakui bahawa sememangnya Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10 peratus undi UMNO.

“Nampaknya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Kit Siang yang sudah lupa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori