Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KLIA & KLIA2: Parkir...

SEPANG - Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir...

Babi Hutan 150KG Sesat...

SEEKOR babi hutan seberat 150 kilogram (kg) yang sesat di sebatang jalan di...

Bayi Perempuan Dilarikan Dari...

TAWAU - Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilarikan seorang lelaki di rumahnya...

Bawa Keluar Surat Anwar...

KUALA LUMPUR - Tindakan individu yang membawa keluar surat bekas ketua pembangkang Datuk...

Bonnie Mengganas Di Kazakhstan

KUALA LUMPUR – Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin terus mengejutkan beberapa lawannya yang lebih senior apabila berjaya meraih pingat emas kedua dalam acara 65 kilogram (ke atas) lelaki dalam Kejohanan Powerlifting Dunia di Nur-Sultan, Kazakhstan awal pagi tadi.

Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak itu yang menggondol pingat emas pertama dalam acara bawah 65kg lelaki beberapa hari lalu, memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 185kg, diikuti 197kg dan 207kg pada cubaan ketiga di Pusat Kongres Astana.

Kemenangan itu juga menyaksikan Bonnie menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya sangat gembira. Saya tidak menjangka dapat memenangi pingat emas di sini dengan pesaing yang kuat dalam kategori saya tetapi saya percaya dalam usaha keras dan disipilin semasa latihan, ini adalah kemenangan terbesar saya,” katanya dalam laman web Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) https://www.paralympic.org/powerlifting.

Hocine Bettir dari Algeria dan atlet angkat berat para Iran, Amir Jafari Arangeh masing-masing meraih pingat perak dan gangsa selepas melakukan angkatan seberat 194kg dan 193kg.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik tiga kali, Liu Lei dari China menduduki tempat keempat selepas membuat satu angkatan 190kg manakala juara bertahan, Paul Kehinde yang juga pemegang rekod dunia acara itu gagal menaiki podium selepas tiga angkatannya batal. 

Kategori