Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kalau Ada Rezeki, Jodoh...

BERAHSIA... Aktres Fasha Sandha dan Aidil Aziz masih berteka teki tentang arah tuju...

Tabung Oksigen Nyawa Bob...

KEADAAN kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang...

Syarikat Didenda RM30,000 Kerana...

MELAKA - Sengheng Electric (KL) Sdn Bhd didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di...

Hak KWSP untuk mengundi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata haknya untuk mengundi dalam...

Cabaran Jonathan Nyepa Di Napoli Berakhir

KUALA LUMPUR – Cabaran jaguh pecut negara Jonathan Nyepa dalam acara separuh akhir 100m lelaki di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali, menemui noktah awal pagi ini.

Atlet berusia 23 tahun itu gagal menyaingi catatan 10.47 saat (s) yang dilakukannya pada pusingan pertama selepas sekadar mencatat 10.59s untuk menamatkan saingan separuh akhir acara riben biru itu di tempat keenam.

“Saya berpuas hati sebab boleh sampai ke semi final. Apapun syukurlah walaupun tadi banyak kali false start,” katanya.

Seorang lagi jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan bagaimanapun terkandas di pusingan pertama.

Atlet kelahiran Melaka yang kembali ke pentas kejohanan selepas berehat tujuh bulan kerana mendapatkan rawatan dan pembentukan fizikal, mencatat masa 10.70s, jauh daripada catatan masa terbaik dan rekod kebangsaannya 10.18s untuk menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua, semalam.


Sementara itu, dua lagi atlet olahraga negara — Muhammad Aqil Yasmin dan Russel Alexander Nasir Taib — akan beraksi dalam acara 200m hari ini.

Khairul Hafiz, Jonathan akan bergandingan dengan Muhammad Aqil dan Russel dalam acara 4x100m yang dijadual pada Jumaat.

Kategori