Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tragedi Bosnia Kini Berulang...

DALAM sejarah moden selepas Perang Dunia Kedua 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik...

“Dia (PAS) Ingat Dia...

KUALA LUMPUR - "Orang ajak berunding agar sama-sama selamat. Tapi dia ingat dia...

Parti Gerakan Bersiap Sedia...

SEREMBAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Gerakan telah...

Mari Selamatkan Hutan Merapoh...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dipohon supaya segera memantau isu pembalakan dan...

CAP Gesa Tarik Balik Tawaran Ambil Alih Lebuh Raya Bertol

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menarik balik tawaran Menteri Kewangan (Diperbadankan) untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol daripada Gamuda Bhd. kerana ia bertentangan matlamat meringankan beban pengguna jalan raya.

“Alasan bagi kerajaan mengambil alih lebuh raya bertol ialah untuk menghentikan konsesi yang berat sebelah ini untuk memberikan manfaat kepada pengguna dan kerajaan. Tawaran Kementerian Kewangan tidak memenuhi objektif ini,” kata pemangku presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dalam kenyataan hari ini.

Beliau mencadangkan kerajaan mencari penyelesaian untuk menamatkan konsesi tol dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pakar untuk membuat kajian lengkap dan menyeluruh berhubung konsesi tol.

Katanya, tawaran RM6.2 bilion kepada Gamuda dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd. (Litrak) sama seperti “membayar lebih kepada pengendali lebuh raya” dan tidak memanfaatkan pengguna lebuh raya.

“Di bawah tawaran Kementerian Kewangan ini, lebih sejuta pengguna lebuh raya akan menikmati penjimatan RM180 juta setahun yang hanya kurang 50 sen sehari bagi setiap pengguna, tidak cukup untuk membeli secawan kopi atau sekeping roti canai.

“Malah selepas pengambilalihan, mereka perlu membayar caj kesesakan pada enam waktu puncak, bersamaan maksimum kadar tol semasa.”

Minggu lalu, kerajaan membuat tawaran kepada pemegang konsesi susulan manifesto pilihan raya umum lalu untuk mengambil alih Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas, SPRINT dan Terowong SMART.

Tetapi, Mohideen berkata, menunaikan janji pilihan raya “tidak seharusnya membawa kepada keuntungan durian runtuh bagi pemegang konsesi tol” yang akan membebankan kerajaan dan rakyat.


Dalam pemfailan Bursa Malaysia filing, Gamuda berkata, ia menjangkakan pertimbangan pembelian untuk pemegang konsesi Kesas pada harga RM1.23 bilion, SPRINT (RM870 juta), Litrak (RM2.34 bilion) dan SMART (RM60 juta).

Sementara itu, Litrak berkata, MKD turut menawarkan RM2.47 bilion untuk membeli semua sekuriti daripada sekutu Gamuda.

CAP memberi amaran pengambilalihan itu akan membebankan kerajaan dengan peningkatan hutang.

“Ia perlu mendapatkan RM6.2 bilion melalui pengeluaran bon dan membayar RM220 juta setahun sebagai kadar faedah,” kata Mohideen.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai kemerosotan aliran trafik di lebuh raya yang akan membawa kepada pendapatan lebih rendah dan kerugian. – FMT

Kategori