Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Monyet Teraniaya Balas Dendam...

RASAKAN... Seekor monyet telah balas dendam kepada seorang lelaki yang cuba membulinya dengan...

RELA Antara ‘Hero’ Bantu...

CHUKAI – Sumbangan dan peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bukan sekadar sebagai...

Al Waleed Dua Kali...

ANKARA - Bilionair Saudi, Putera Al Waleed bin Talal berkata, dia menyelamatkan calon...

Keluarga Balik KL Tipu...

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial...

Cemar Bekalan Air Boleh Dihukum Mati

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman amat berat termasuk hukuman mati, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, ia termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Kita mempunyai akta yang cukup ketat sehingga kita boleh mengenakan hukuman mati kepada mereka yang mencemarkan air dengan sengaja atau kemungkinan besar mendatangkan kemudaratan (kepada pengguna).

“Kita boleh menggunakan akta itu dan tidak perlukan lagi sebarang pindaan atau penambahbaikan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Air Bersih Etiqa di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementeriannya bercadang menambah baik undang-undang sedia ada bagi mengekang kegiatan pencemaran air, susulan pencemaran Sungai Selangor disebabkan minyak diesel, dipercayai akibat perbuatan khianat.


Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 memperuntukkan mereka yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air sehingga menyebabkan kematian manusia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Xavier berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan pencemaran Sungai Selangor itu kepada pihak polis dan berharap mereka yang terbabit dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata polis akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak disyaki terbabit kes mensabotaj serta mencemarkan Sungai Selangor. – BH Online

Kategori