Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Subsidi Petrol Bersasar Diumumkan...

KUALA LUMPUR - Subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan golongan berpendapatan rendah (B40)...

Hak Mahathir Lantik Menteri...

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menolak kemungkinan beliau akan...

Wow! Dato’ Vida Shopping...

KALAU sudah bergelar jutawan itu, hendak berbelanja sakan tanpa perlu melihat tanda harga...

“Kami Bermain Atas Padang...

JOHOR BAHRU - "Kita semua sedia maklum bahawa kami bermain di atas keadaan...

Cukai Minuman Bergula Berkuatkuasa Hari Ini

PUTRAJAYA – Cukai minuman bergula mula berkuat kuasa hari ini dengan semua syarikat pengeluar minuman diberikan tempoh peralihan selama sebulan sehingga 31 Ogos.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengeluarkan garis panduan dan prosedur pelaksanaan duti eksais bagi minuman tersebut.

Jelasnya, prosedur tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan serta membantu komuniti perniagaan semasa tempoh peralihan duti baharu itu.

“Sepertimana yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini bahawa pengimportan dan pengilangan minuman bergula adalah tertakluk kepada Duti Eksais mulai 1 Julai 2019.

“JKDM sebagai agensi pemungut cukai tidak langsung telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan duti ini,” katanya.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2019 mengenai cadangan untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula.


Berdasarkan pengumuman itu, air minuman di bawah kepala kod tarif 22.02 yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi lima gram per 100 mililiter (ml) dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah kepala kod tarif 20.09 yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100ml.

Dalam pada itu, JKDM juga mengucapkan terima kasih kepada pihak industri dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) kerana memberi kerjasama dalam melaksanakan duti eksais tersebut.

“Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, komuniti perniagaan boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam (Customs Call Centre) di talian 1300 888 500 yang beroperasi setiap Isnin hingga Ahad dari 8.30 pagi hingga 10 malam.

“Maklumat lengkap berkaitan prosedur pelaksanaan duti eksais minuman bergula itu boleh dicapai melalui portal JKDM,” katanya.

Kategori