Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Mesej Viral...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan penyebaran mesej viral berhubung penutupan 24 jalan di...

Tembak Mati Polis: Dua...

ALOR SETAR - Polis menahan dua lagi suspek berhubung kes pembunuhan seorang pegawai...

Mahkamah: 5 Hari Bicara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 26 Sept...

Suspek Utama Kes Tembak...

SUBANG JAYA - Seorang suspek utama kes tembak dua lelaki di Sunway Batu...

DAP Hanya Mahu Jawatan Peguam Negara, Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – DAP didakwa tidak kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri atau sebaliknya.

Parti itu, menurut Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi hanya mahu jawatan peguam negara dan menteri kewangan ditentu olehnya sahaja.

Ini kerana, ia merupakan dua jawatan paling berpengaruh.

“Peguam Negara akan menentukan kertas siasatan SPRM lengkap atau tidak. Dia juga akan menentukan seseorang akan didakwa atau tidak.

“Bahkan peguam negara juga berkuasa menggugurkan pertuduhan terhadap seseorang seperti kes Lim Guan Eng,” katanya yang mengulas mengenai pertemuan Lim Kit Siang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Mohd Puad berkata, meskipun ada yang mendakwa kedua-duanya berbincang mengenai kedudukan Anwar sebagai perdana menteri kerana penasihat DAP itu pernah ugut Dr. Mahathir akan bersara terus dari politik jika Anwar tidak dilantik dengan jawatan tersebut.


Tetapi, beliau mendakwa, apa yang dibincangkan adalah sebaliknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menambah, Kit Siang juga mahu jawatan menteri kewangan kekal pada DAP.

“Maka banyaklah agenda mereka tercapai. Sekarang ini Guan Eng banyak menjual aset yang melibatkan kepentingan Melayu seperti aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional.

“Maka dengan dua jawatan tersebut sahaja, sudah memadai DAP menjadikan Kerajaan PH sebagai boneka mereka,” menurut Mohd Puad. – MalaysiaGazette

Kategori