Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

NGO Pulau Pinang Tandatangan,...

GEORGE TOWN - Lebih 100 kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang...

Ancaman Al Syabab Sukarkan...

SEJAK pembunuhan menteri kabinet dalam kerajaan Somalia, Abbas Abdullahi Syeikh Siraji, awal bulan...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2021, kata Bank Negara Malaysia.

Perlu Ada Dasar Pantau...

JOHOR BAHRU – Kerajaan persekutuan diharap dapat mengubal satu dasar mengenai perkhidmatan pusat...

DEB Tidak Mampan, Perlu Dihapuskan – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dasar ekonomi melalui tindakan afirmatif perlu dilaksanakan berasaskan keperluan seluruh rakyat dan bukannya sesuatu kaum semata-mata.

Sehubungan itu, memetik laporan portal Free Malaysia Today, Anwar berpendapat Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diwujudkan berdasarkan kaum perlu dihapuskan kerana dianggap tidak mampan untuk jangka panjang.

Jelas beliau, kerajaan sememangnya mengiktiraf peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai keistimewaan orang Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan kedaulatan raja-raja, namun Malaysia perlu maju sebagai sebuah keluarga besar.

“Orang miskin yang memerlukan bantuan mesti dibantu, tidak kira dia Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan tetapi kita perlu menunjukkan empati secukupnya.

“Hal demikian untuk memastikan rakyat sedar pemansuhan DEB tidak bermakna orang miskin… mereka di kawasan luar bandar atau golongan miskin di bandar akan (diabaikan). Saya kekal yakin ia (perubahan ini) adalah petanda baik untuk Malaysia.” katanya selepas menghadiri satu acara di sini malam tadi.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap dalam Kongres Masa Depan Bumiputera Negara 2018 (KBN 2018), 1 September tahun lalu dilaporkan berkata, DEB gagal mencapai matlamat akibat sikap kaum Bumiputera sendiri yang gemar mengejar keuntungan dengan cara mudah.

Oleh itu, Dr. Mahathir mengingatkan golongan bumiputera supaya mengubah sikap dan merebut peluang yang disediakan kerajaan jika mahu berjaya.

Sebelum itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 24 Julai 2018 dilaporkan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasar ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warganegara. – UTUSAN ONLINE

Kategori