Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

GST: Pendaftaran Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Seorang Pekerja Swasta Terbunuh...

BESUT – Seorang pekerja swasta terbunuh akibat cedera parah di bahagian kepala apabila...

Kontraktor Mati Dijerut Wayar...

IPOH - Seorang kontraktor ditemui mati dalam keadaan lehernya dijerut wayar elektrik di...

Kerajaan Berjaya Turun Nisbah...

PUTRAJAYA - Kerajaan berjaya mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan kepada 77.1 peratus berbanding...

Dewan Rakyat Riuh Ayat ‘We Can’t Fight Them’

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak sesekali memperkecilkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran kata-katanya ketika menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Asia Ke-18 di Singapura baru-baru ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Arau) dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini yang bertanyakan apakah maksud ‘we can’t fight them’ (kita tidak boleh melawan mereka) yang diungkapkan menteri itu dalam program antarabangsa tersebut.

Kata Mohamad, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan Kertas Putih Pertahanan bagi membentangkan keperluan pembangunan keupayaan ATM dalam tempoh 10 tahun akan datang dan akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

“Keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi pelbagai bentuk ancaman termasuk dari luar,” jawabnya.

Bagaimanapun keadaan riuh apabila Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mendesak penjelasan menteri adakah ungkapan ‘we can’t fight them’ itu akan melemahkan moral pasukan keselamatan Malaysia dan rakyat.

Mohamad bagaimanapun menjelaskan, kerajaan Malaysia lebih mengutamakan kedamaian berbanding perang.


“Maksud fight ini berperang, apakah kita bersedia untuk berperang terutama dengan negara kuasa besar? Ya kita boleh bercakap (semata-mata), saya masa pembangkang dahulu pun lebih hebat bercakap berbanding di sana (parti politik lawan).

“Tetapi kita kena lihat keupayaan dan kalau boleh kita mendahului dengan pendamaian, kenapa kita memilih peperangan. Ini selalu yang disebut oleh bekas pemimpin saya dulu daripada Marang (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Kita dahulukan pendamaian daripada peperangan. Kalau kita kata kita kuat, kita berperang, kalau tunjuk kekuatan padahal tidak kuat, akhirnya kita akan dipermainkan.

“Sebab itu kita mendahului dengan diplomasi. Tetapi dengan parti politik belah sana (pembangkang), saya akan lawan sampai bila-bila,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori