Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5,434 Kes Covid-19 Hari...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 5,434 kes hari...

Sukma Ke-19 Dibuka Dalam...

IPOH - Sesuai dengan tema 'Wow Kita Hebat', temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19...

UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga...

KUALA LUMPUR - UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis...

Dia Yang Jijik Tukar...

DUA gambar printscreen dimuatnaik oleh dua anak pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar...

Ainul Mardhiah Tak Sihat, Keluarga Tangguh Kepulangan

MELAKA – Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, terpaksa membatalkan rancangan pulang ke tanah air hari ini berikutan bayi perempuan mereka berusia 10 bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ itu tidak sihat.

Ibu saudara Ainul Mardhiah, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata mereka sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya.

“Abang hanya beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi tetapi tidak dimaklum punca jangkitan.

“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu, tetapi mereka mungkin akan berada di sana (UK) dua minggu lagi,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Berdasarkan status Facebook yang dimuat naik Ahmad Safiuddin, petang semalam, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi membuat persiapan rapi bagi memastikan Ainul sembuh dan kuat berikutan bayi sulungnya itu pernah mendapat jangkitan selepas mengharungi penerbangan panjang selama 13 jam.


Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof. David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri. – BH Online

Kategori