Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sarawak Dijangka Tidak Alami...

MIRI - Sarawak diramal tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lepas, kata...

Wanita Telanjang Bulat Merayau...

VIDEO seorang wanita sedang berjalan dalam keadaan bertelanjang bulat menjadi viral apabila ia...

Mahkamah: Tertuduh Curi Telefon...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat...

Tiada Provokasi Melampau Pada...

TUMPAT - Tiada provokasi melampau dilakukan penyokong parti-parti sepanjang proses penamaan calon pilihan...

Dominic Akui Ada Pemimpin PKR Mahu Sertai Gerakan

SUNGAI PETANI – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengakui beberapa orang pemimpin PKR ada menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu.

Dominic memberitahu, selain daripada pemimpin PKR, ada juga beberapa orang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan hasrat yang sama.

Beliau walau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh dan bagaimana hasrat itu dinyatakan sama ada menerusi panggilan telefon atau perjumpaan.

“Saya tidak pasti adakah mereka ini (pemimpin PKR) mewakili (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali atau sesiapa tetapi ingin melihat parti Gerakan menerima Azmin.

“Sebagai sebuah parti yang berbilang kaum, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja menyertai parti Gerakan untuk memajukan negara,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desas-desus yang tersebar sejak semalam, bahawa Azmin dijangka keluar daripada PKR dan menyertai parti Gerakan dalam masa terdekat ini.

Azmin dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video seks songsang yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.


Mengulas lanjut Dominic berkata, beberapa orang pemimpin PKR tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai parti Gerakan sebelum isu video seks songsang yang mengaitkan Azmin tersebar.

“Perkara ini (menyertai Gerakan) kemudian timbul semula kebelakangan ini (selepas pergeseran antara Azmin dan Anwar) dan jawapan saya tetap sama iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai ideologi parti Gerakan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menawarkan sebarang jawatan kepada pemimpin PKR, Dominic enggan mengulas lanjut.

Beliau juga enggan menyatakan sama ada parti Gerakan mahu menyokong PH atau kekal bebas seperti sekarang sekiranya menerima mana-mana pemimpin PKR. – UTUSAN ONLINE

Kategori