Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kemalangan Jatuh Parit, Tak...

SEORANG penyelia projek perumahan, Law Ah Kam, 54, ditemui meninggal dunia setelah kenderaan pacuan...

9 Kawasan Rekod Indeks...

KANGAR - Sembilan kawasan di Perlis direkod mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi...

Hutang PTPTN Mangsa Kren...

HUTANG pembiayaan pendidikan Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, salah seorang mangsa yang terkorban dalam...

Perdana Menteri Berucap Pada...

NEW YORK - Menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan...

Exco Didakwa Rogol Mungkin Dicutikan – MB Perak

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memberi cuti sementara kepada exco negeri itu yang disiasat polis atas dakwaan rogol.

Katanya, jika siasatan tersebut mengambil masa yang panjang, beliau akan mempertimbangkan untuk memberi cuti sementara dan menghadkan Paul Yong Choo Kiong menghadiri mesyuarat exco negeri.

“Kita kena paham, kita tak nak menganggu proses siasatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sambil menambah beliau tidak boleh menentukan jangka masa panjang siasatan yang dimaksudkan.

Sebelum ini, media mendedahkan Bukit Aman sedang menyiasat satu laporan polis yang dibuat wanita warga Indonesia yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol exco Perak.

Bagaimanapun, Paul semalam menafikan sekerasnya dakwaan tersebut mengatakan beliau tidak pernah merogol, mencabul kehormatan atau melakukan apa-apa gangguan terhadap mangsa. – FMT

Kategori