Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bom St. Petersburg: Kedutaan...

PUTRAJAYA - Kedutaan Malaysia di Moscow, Rusia sentiasa berhubung dengan komuniti Malaysia dan...

Anak Peneraju Radio Bernama...

SEORANG peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki...

Bukit Aman Rakam Percakapan...

POLIS merakam percakapan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali di Bukit...

Tiada Masalah PKR Guna...

JOHOR BAHRU : Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan PKR menggunakan...

Fizo, Mawar Sah Bercerai Talak Satu

SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim pada pagi, Rabu.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.

Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.


Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat. – mStar Online

Kategori