Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Duda Rugi RM183,000 Angkara...

Kuantan : Seorang jurukimpal di daerah ini kerugian RM183,600 akibat terpedaya sindiket Love...

Unit Anti Keganasan Bakal...

BACHOK - Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian...

Menteri India Hadiah Lembu...

NEW DELHI - Seorang menteri di India mengumumkan akan menghadiahkan lembu kepada juara...

Hayati Perjuangan UMNO, BN...

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat...

Gangguan Kesihatan Berlaku Lagi Di 4 Sekolah Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Seramai 11 pelajar dari empat sekolah di Pasir Gudang dilaporkan mengalami lagi simptom pening, loya dan muntah, hari ini.

Pelajar itu adalah dari Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Pasir Putih yang sebelum ini pernah dilanda simptom sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan berkata, semua pelajar bagaimanapun direhatkan di bilik kecemasan sekolah dan tiada mangsa yang mendapatkan rawatan saringan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Masai setakat pukul 4 petang tadi.

“Selain itu, tiada pesakit baharu juga dimasukkan ke wad hospital dan setakat ini keadaan masih terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada masa sama telah menjalankan pemeriksaan terhadap 212 premis industri di Pasir Gudang dan mengeluarkan 108 kompaun bagi kesalahan buangan terjadual, 10 kompaun kerana efluen perindustrian dan satu kompaun berkaitan kumbahan (tangki septik).


Sebanyak 51 notis arahan, 11 perintah tahan operasi dan tiga syor tindakan mahkamah turut dilakukan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan berkenaan pembuangan sisa toksik haram di kawasan mereka agar segera membuat aduan kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui eaduan.doe.gov.my.

Kategori