Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Sertai Selawat Mega...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai program PKRC Berselawat...

40 Warga China Lari...

IPOH - Seramai 40 warga China, dipercayai saki baki mereka yang melarikan diri...

SIC Wujud Akademi Teknikal...

KUALA LUMPUR - Sepang International Circuit (SIC) akan menubuhkan Akademi Teknikal Sukan Permotoran  bagi memupuk tahap profesionalisme dan kompetensi kru...

Foto: Bomba Berjaya Tangkap...

SEKALI lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan kecekapan dan kepekaan dalam kejayaan...

Hakim Pula Ditahan Kes Rasuah Lepaskan PATI

KUALA LUMPUR – Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung kes rasuah melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk dihantar ke depoh tahanan imigresen.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, individu tersebut merupakan Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu dekat sini.

“Saya mengesahkan kita ada membuat tangkapan baharu terhadap seorang hakim bagi kes tersebut. Sejumlah wang tunai turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh reman timbalan pendakwa raya dan peguam akan disambung reman selama dua hari.

Jelasnya, sebahagian anggota polis yang ditahan juga akan disambung reman bagi membantu siasatan.


Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penahanan enam anggota polis serta timbalan pendakwa raya dan peguam pada 17 Julai lalu kerana menerima rasuah.

Hasil penangkapan itu, wang tunai RM17,500 turut ditemukan dipercayai suapan yang diterima mereka.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM atas kesalahan sogokan.

Kategori