Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KKM Akui Kesilapan, Kecuaian...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kesilapan dan kecuaian dalam kes penyerahan satu...

LPP Saran Peladang Langkawi...

ALOR SETAR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyarankan golongan peladang dan petani di...

Diabetes Sumbang 65% Kepada...

ALOR SETAR - Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak...

Misi Serampang Dua Mata...

KUALA LUMPUR - Pelumba Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg mempunyai misi 'serampang dua...

Hanya Mahkamah Tentukan Siapa Dalam Video Seks Itu

KUALA LUMPUR – Hanya pihak mahkamah yang akan menentukan identiti individu dalam video seks melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz yang didakwa dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Demikian kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat berhubung siasatan termasuk pelaku atau dalang video tersebut.

ā€œKita telah menerima laporan daripada pihak siber sekuriti namun tidak akan mendedahkan butiran siasatan.

ā€œLaporan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan lanjut,ā€ katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) VTREC 2019 di Nu Sentral di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasa dan Pematuhan) Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Azimah Abd. Hamid dan Penasihat Kanan VTREC, Mohd. Yusof Idris.


Dalam pada itu, Huzir berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk menyoal siasat enam suspek yang ditahan reman selama enam hari berhubung video tersebut.

Jelasnya, tangkapan lain akan dilakukan sekiranya pihak polis mendapat maklumat baharu.

ā€œTangkapan baru dilakukan semalam, berilah kita masa untuk siasat dahulu,ā€ katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat satu lokasi dipercayai dijadikan markas enam individu yang ditahan bagi membincangkan untuk menyebarkan video seks tersebut, Huzir memaklumkan pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

Kategori