Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Hubungan Kami Baik Sahaja,...

PENGARAH, Datuk Farid Kamil mengatakan bahawa hubungan bersama isteri, Datin Diana Danielle masih...

KKM nafi stok ubat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan dan khabar angin yang...

Kejayaan Pembangunan Terletak Di...

KUCHING - Persepsi bahawa kejayaan pembangunan di kawasan terletak sepenuhnya di bahu wakil...

Lebuhraya Di Scotland Sesak...

SEBUAH kejadian pelik telah berlaku di sebuah lebuhraya di Scotland sehingga berlaku kesesakan...

Hari Pertabalan Agong Juga Cuti Umum Pekerja Swasta

KUALA LUMPUR – Cuti umum sempena Hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Selasa depan boleh digantikan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja sektor swasta.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Jelas kenyataan lagi, sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

ā€œCuti kelepasan am tambahan ini telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi Sabah serta Sarawak, ianya selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

ā€œKenyataan ini disiarkan untuk menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan mereka memberi cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja selain menggariskan hak pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan dalam negara,ā€ kata kenyataan itu. 

Kategori