Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

13 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu...

Najib Tak Pernah Pilih...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak...

Kastam Tumpaskan Sindiket Rokok...

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan dan Melaka menumpaskan cubaan...

Pesawat Hawk Tentera Udara...

DUBAI - Pesawat tentera udara diraja Arab Saudi dilaporkan terhempas ketika mengadakan sesi...

Heliza Helmi, Suami Yatt Hamzah Ditahan Tentera Mesir

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan delegasi Malaysia untuk misi #wakeupforgaza ditahan tentera Mesir.

Menurut Heliza, 33, mereka terkandas berjam-jam semalam di Rafah sebelum diarahkan berpatah balik semula ke Gaza.

Rombongan tersebut bermalam di Gaza sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini.

Menceritakan pengalaman berada di Rafah, Heliza berkata, mereka berdepan dengan cabaran yang begitu perit. Suasana di bumi arab itu sangat panas hingga mencecah 50 darjah Celcius.

Dalam keadaan darurat itu, dia bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman.

Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua,” tulisnya dalam Instagram pada pagi ini.


Heliza bersama delegasi lain menuju ke Gaza pada 10 Julai lalu.

Sementara itu, pelakon Yatt Hamzah juga menerusi akaun Instagram memaklumkan dia bersyukur kerana mendapat tahu suaminya Zulfadhli Khiruddin yang turut bersama rombongan tersebut ada menghubungi kira-kira jam 2 pagi tadi.

Dia juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan suaminya, Heliza Helmi serta ahli deligasi lain agar proses untuk mereka keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah lancar dan terus pulang ke pangkuan keluarga di sini.

“Mereka terpaksa bermalam satu hari lagi di Gaza sebelum berangkat balik ke Malaysia. Teruskan doa,” tulisnya dalam Instagram, pada pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori