Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ketamin Dalam Guni Jagung

KUALA LUMPUR - Guna taktik sembunyikan peket dadah ketamin gred A di dalam...

Pemuda Jual Petai Lapor...

GEORGE TOWN - Seorang pemuda yang terpaksa menjual petai bagi mengumpul wang untuk...

Kenaikan Tarif Air Kaedah...

SETIAP individu di Malaysia secara puratanya menggunakan lebih 200 liter air sehari. Jumlah itu...

Polis Buru 11 Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua kumpulan terbabit dalam beberapa kejadian samun kedai...

Honda Lancar Edisi Terhad CR-V Mugen

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen, sejak diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Hanya 300 unit edisi terhad CR-V Mugen varian 1.5L 2WD turbo ditawarkan dalam dua warna, passion red pearl (RM152,900) dan white orchid pearl (RM153,300).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata CR-V merupakan model sempurna untuk pelanggan berorientasikan keluarga yang menikmati gaya hidup aktif bandar premium.

“Penambahbaikan ke atas model edisi khas ini memberikannya wajah yang lebih segar ke atas model Honda, yang seterusnya akan merangsang pasaran dan menyumbang untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan kami dalam segmen bukan nasional,” katanya dalam kenyataan.

CR-V adalah model pertama pemasangan tempatan oleh Honda Malaysia pada 2003, dan sejumlah 95,000 unit terjual sejak itu hingga Jun 2019.

Sempena pelancaran edisi terhad CR-V Mugen, pelanggan yang mengambil bahagian dalam pandu uji CR-V berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM100,000.

Kategori