Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pegawai Polis Ini...

VIDEO memaparkan seorang pegawai polis berpangkat tinggi memberi amaran kepada peminjam wang haram...

TMJ Sah Presiden Baharu...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah...

Che Ta Bakal Sambut...

PENGACARA dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che...

Ringgit Meneruskan Aliran Harga...

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar US minggu depan...

Ikrar Al-Sultan Abdullah Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.

Berikut adalah ikrar Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“Bismillahirrahmannirrahim. beta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Dengan ini, beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara serta memelihara dengan sempurna setiap masa agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.”

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membacakan Surat Pengisytiharan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang mana kandungannya berbunyi:

“Bismillahirrahmannirrahim. Bahawa inilah dimasyhurkan kepada sekalian orang serta penduduk Malaysia iaitu Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja telah memilih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada hari, waktu dan saat yang gilang gemilang ini maka Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ditabalkan naik takhta kerajaan menjadi turus negara bagi malaysia dengan bergelar Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.” 

Kategori