Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MB Terengganu Bakal Saman...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal menyaman...

Kes Buli: Yusof...

KUALA LUMPUR: Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak bersetuju dengan pandangan Wardina...

Peminat Spekulasi Uqasha, Ben...

PEMINAT mula berspekulasi pelakon Uqasha Senrose dan Ben Amir kini sedang hangat menjalin...

Lebih 500 Polis Kawal...

KUALA TERENGGANU - Polis akan menperketatkan pemeriksaan dan kawalan keselamatan pada perlawanan separuh...

Istana Kelantan Murka Penyebaran Pengakuan Palsu Rihana

KUALA LUMPUR – Pengumumam terbaru Istana Kelantan agar rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial difahamkan merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram sejak kebelakangan ini.

Menurut sumber terdekat dengan Sinar Harian, pihak Istana murka dengan perbuatan seorang individu yang membuka akaun Instagram dengan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu.

Individu berkenaan turut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan.

Menerusi akaun tersebut, individu berkenaan turut memuat naik pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V.

Pagi tadi, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan selama hampir lapan bulan apabila menegaskan tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana.

Kenyataan rasmi itu juga memaklumkan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.


Difahamkan dengan kenyataan rasmi Istana Kelantan itu, ia sekali gus menafikan dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

Semalam sebuah portal melaporkan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko, 26, telah diceraikan talak tiga.

Ia berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan. – Sinar Harian

Kategori